Thursday, July 18, 2013

Air Mata Menyapa Air Mata


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu 

menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang

 mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu 

pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki 

yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya 

 berlalu begitu sahaja.



indahnya percintaan bersyariat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang.
   Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya…
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya…
Bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya
Ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

Ingatlah...
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas jua.

Ingatlah pada pepatah,

“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka 

sukai dan hargailah apa yang kamu miliki saat ini”


KELUARGA BAHAGIA IMPIAN SEMUA

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah..


Actually mmg target UKM / UPM pon...mmg mengharap sgt2 la ...(nak u yang banyak pokok) hahaha...  so dpt UPM n bersyukur sgt2 alhamdulillah...  dlm doa sebelum ni mmg aku selalu mintak supaya Allah tentukan Universiti berserta kos yg terbaik utk diri ni, baik dri segi masa depan, agama, dan keluarga... Jadi .. inilah hasilnya... universiti yg diingini sudah diperkenankan :) 1 cabaran bg aku utk teruskan dgn kos ni sbb xpernah ada basic hehe but mmg minat gila2.. lagipun masa isi upu haritu  mmg aku apply kos pengkhususan bahasa perancis dan jerman dkt UPM... pilihan utama lagi... hehe ...

anyway syukur alhamdulillah sgt2... dlm kegembiraan, turut merasa sedih sbb ramai jugak member2 lain yg x dpt u.. so dyorg terpaksa mohon utk rayuan .. insyaallah intake bln 11... ape sekalipon ... aku sentiasa doakan utk korg semua k.. jgn putus asa terlalu awl.. kita f6 sama-sama.. jatuh bangun sama-sama.. exam sama-sama.. prep sama-sama... so insyaallah masuk u pon sama-sama... kpd member2 di luar sane yg belum ade rezeki masuk u bln 9 ni , bersabar ea... teruskan berdoa ..sesungguhnya Allah maha mendengar.. jgn putus asa.. xde kuasa yg lebih hebat melainkan hanya kuasa Allah SWT  dalam menentukan  sesuatu... kita merancang Allah juga merancang :)



Thursday, July 4, 2013

I lOVE KidS ... hee

Some day, I might be have my lovely kids, they might be call me mom.. you know what? i really want to tell them how hard life is, how hard I survive for it, and what important things of life is "Iman". I thought its become interesting when I make it as a bed story, real life is more interesting to share with them. Share with love and caring. and you know what? it must have the happy ending..must have. InshaAllah.... really want to hear they call me mom,mom,mom (mama) in the future.. hehe...its because i love baby.. love kids.. too much... they are everything in my life :)
she's so cute kan ???? gaya budak kecil chumel ni menulis macam gaye Afrina, my cutessss
niece.. She's not here btw...dah fly to Australia last year... sad sad... mmg rindu gila la kat budak kecik tuh.. da la noty.. hehe.. Afiqah skrg dah besar.. siap pandaiii speaking lg gn kite.. Afrina plk x habis2 lagi kuat merajuk dia tu.. lg la Ateh suka mengusikkk.. suka sgt tgk dia merajukk.. sbb comeyyy.. heeee...So klu mula2 after dyorg fly mmg sunyi gila la rumah n boleh menitik air mata lagi2 bila t'tgk mainan2 dyorg.. teringat2 n terbayang2 dialog dyorg masa tgh main mainan yg ditinggalkan tu.. so skg Hani n Dhia la jadi pengubat rindu kami semua kat sini... huhuhuh...

Wednesday, July 3, 2013

Kau Bawa Sinar Cahaya :)


  

          KehadiranMu dlm hidup ku kini mengubah segalanya... Allahumma aminnn...

Renungan....
"Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang
itu dalam hidup kita...sama ada kita perlu
mengubah hidup dia...atau dia yang bakal
mengubah hidup kita...ALLAH takkan hadirkan
seseorang itu tanpa sebab..." 

  Terima Kasih Ya Allah krn terus menyayangi hamba mu ini ....

Friday, June 28, 2013

TAUBAT - WALI BAND TERBAIK !!!

                          
This song is really touch core of my heart... Ajal menjemput kita tak kira masa n dimana kita berada.. Taubat is one of wali band's song , thats lagu yg menginsafkan...lirik yg berguna... rentak yg mengusik jiwa... OK just play the song , n it always remember me to go away from maksiat... the only words " INGAT MATI " in Taubat's lyric dah cukup utk menyedarkan kita yg sebenarnya dunia ni hanya persinggahan sementara... SEMENTARA CUMA !!  guys... u must feeling every single word in this song lyric. so that baru jiwe terusik. 

Did you Know ??? Sebenarnya ... tanpa kite sedar ,  kita terlalu byk didedahkan dengan perkara yg menjerumuskan ke arah maksiat in around...like in televisyen/megazine/internet n so on. Malangnya bg mereka yg x ingin kembali bertaubat setelah tersedar akan kesilapan 2..Sesungguhnya kurniakanlah petunjuk kpd mereka yg masih belum sedar serta Alhamdulillah kpd mereka yg diberi hidayah utk kembali mengingati n mendekati Allah SWT .

*nangis* ... kdg2 aku sendiri Tertanya ??? ke jiwe aku yg sensitiv sgt ea??, oh nope ! someone told me dats "ili, kau ni jenis berjiwa seni, sbb tu kau layan lagu sedih kau senang nangis, kau lukis moment yg full meaning pun kau blh nangis. kau ni betul2 menghayati ke hape?"  haaa so... perhaps .

P/S : message ini ditujukan buat diri sendiri dan kepada pembaca blog ini ... alhamdulillah semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh yg MAHA KUASA :)

piano version- PUTIH PUTIH MELATI

ST12-Putih Putih Melati Cover

Sunday, June 16, 2013

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 16 JUN 2013, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
16 Jun 2013
61 + 6 +2013 = 2080
2 + 0 + 8 + 0 = 10
1 + 0 = 1
Nombor yang terhasil adalah, 1. Apakah maksud nombor ini?

Maksud Nombor Tarikh Lahir

 Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1

Kekuatan:
 Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
 1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
 Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ’6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan:
 Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan:
 Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
 1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Hasil Pengiraan dan Potensi Diri

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada 01 feb 1993, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 7. Iaitu dari golongan yg sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya.. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Namun kelemahan individu ini yg paling ketara ialah Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan . Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Hehe Selamat Mencuba ... !!!

12 Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama

Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.

Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?

Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.

1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan: Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.

2. Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.


4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih: Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.

5. Hargai dirinya: Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.

7. Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.

8. Kuatkan semangat: Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.

9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.

10. Padamkan kesemuanya: Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.

11. Elakkan dari bersendirian: Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.

~Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.

~Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.
Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi  kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama.

~Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan.

petikan kt atas ni di ambil dari sebuah blog, so copy paste je la memandangkan saya pernah menjadi kekasih kepada seorang hamba allah ni, n saya ditinggalkan tanpa belas kasihan then terasa hidup ni perit sangat sangat dan tersangat... sememangnya si dia langsung tidak pedulikan perasaan saya saat itu.. walaupun pada hakikatnya saya yg bersalah .. namun sekiranya dia mengerti yg saya punyai perasaan , mungkin dia tidak sanggup utk membiarkan hati sy tersiksa n derita berpanjangan... its ok. mungkin disebabkan dia juga pernah merasa benda yg sama sepanjang perhubungan , so inikalilah dia balas balik pada saya apa yg dia rasa...  so saya ambil n saya terima .... sekarang saya dah ok :) cuma ini 1 luahan hati n perkongsian buat anda semua yg mengunjungi blog ini... semoga ianya bermanfaat utk saya dan anda semua :) peace yall !!! senyum selaloo !!!

EVERY SOUL SHALL TASTE DEATH !!!

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 

Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu berkongsi satu tulisan yang telah ku baca dalam buku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU… 

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.  

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan  para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. 

Namun begitu,  di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan  oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!” 

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

Saturday, May 11, 2013

MeLaNgKah SeTaPaK .... :)



Assalamualaikum morning guys :)

first n formost i want to say Alhamdulillah... thank to Allah sbb melancarkan segala urusan ku hari ini... actually baru lepas selesai amik ujian MEdSI kat UPSI tadi... dapat panggilan semalam n tarikh ujian hari ni... so sebenarnya agak menyusahkan banyak pihak terutama yg duduk jauh2 tuh ... kena rush la sikit ... pagi tadi pukul 5.15 pagi bertolak dari Bangi-Tanjung Malim ... Btw, alhamdulillah sgt2 tarikh ujian aku x kena time weekday.. so senang la nak balik ... x ganggu dengan masa kerja :) HUHU

first cuak jugak mase tawu yang kita kena pergi ujian tuh... mungkin yg dah lepas masuk U dyorang x rase pape ... tp kite nih yg belum lagi masuk U, so ade rasa getaran sedikit masa jejakkan kaki n nak cari Fakulti mana , n blok  mana... agak susah bagi kite yang baru nak melangkah ke alam universiti nih.. maklum la first time la kata kan... hehehe...

so yg sebenarnya ,,, aku amat2 excited masa dapat tawu yg kita dipanggil untuk ujian MEdSI tuh.... ini semua adalah kerana "firstime" belaka .. hehehe.... so disebabkan excited yang x abis lagi nih, maka aku nak update my surat panggilan nih tanda kenangan first time-----> MELANGKAH SETAPAK !!!


so... mungkin pada uols xde ape sgt pon, belum masuk U lagi dah over excited... huhu actually sebab belum masuk U lagi la yg kita over excited nak2 bila dapat panggilan mcm nih... ini merupakan 1 langkah  to further my study.. STPM---> DEGREE (insyaallah).... hopefully kalau test MEdSI nih x lepas aku masih berpeluang tuk menuju ke IPTA lain... Ya Allah bukakanlah jalan terbaikk untukku,agamaku, serta keluargaku ... Tentukanlah Universitis yang terbaikk untuk diriku dan masa depanku.. kerana semuanya berada di dalam pengetahuan MU ya allah ....

    nih slip panggilan yang kita kena print n wajib bawak masa ujian tuh 


mmg agak kena bersabar la td...aku bersabar jer n x kisah pon sbb aku paham janji melayu mcm mana.. wawawa... hehe tapi mcm kesian la kat mak cik2 yg dtg dari jauh teman anak untuk daftar tunggu sampai pukul 8 tapi bilik semua kosong lg.. n bila tanya pak guard dia kata staf2 tuh x datang pun lg.. huh,,, org muda blh sabar lagi.. yang x tahannyer, makcik2 ade yang dah sumpah seranah dah.. hua3x... lucu di situ :) maklum lah, dyorg dah tua, pastu kena berdiri lama2 pulak.. tuh yang dyorang bising kan ... bayangkan dalam borang tuh kata exam pukul 8am-9.15am ... tapi kena datang 1/2 jam awal sbb kena daftar dulu... fine la kan, aku yg sampai pukul 7.30 n tgk masih ramai orang berdiri kat luar n tercari2  fakulti mana n nak daftar kat mana  pon x tawu sbb mcm xde org yang in charge jer... lagi2 yg datang awal pagi tuh mesti lg bising dyorang.. huhuhu.... n sampai la pukul 8.15 baru ade sorang pengawas tuh datang n panggil budak2 ujian medsi9 ... so daftar x kena pon...  start exam pun kul 8.25 ... soalan ada 300 n so easy as eating je .. setengah jam jawap pon dah boleh siap.. lagi2 jawap dgn komputer..lg la cepat... lega sgt bila dah tekan button "submit" tuh .. hehehe ...yg penting kita cuma perlu "jangan jujur sangat n jgn kelentong sgt" masa jawap tuh.. huhu btw, alhamdulillah dah selesai.. so sekarang kena tunggu result pula.. aku x kisah kalau ujian MEdSI nih fail n  x dapat UPSI, maknanya xde rezeki la tuh...but hopefully dapat IPTA lain... itu harapanku :) 

Wednesday, May 8, 2013

DERITA DAN BAHAGIA

...sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA...

...sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...

...sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...

...sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI..


ye.. saya pernah merasai deritanya saat putus cinta...namun masih belum temui kebahagiaan dlm bercinta
ye..saya pernah merasa betapa kecewanya pabila gagal mencapai sesuatu yg diimpikan separuh mati iaitu target 8A dalam SPM namun rezeki tidak menyebelahi
ye.. saya pernah menangis ketika sujud dan muhasabah diri dalam memikirkan nikmat pemberian-NYA yg tdk ternilai
ye.. saya selalu memujuk hati agar pabila hati terhiris bibir akan tersenyum dan saya berjaya melakukannya...

 Namun DERITA,KECEWA,MENANGIS DAN TERHIRIS itu semuanya sakit... dan sakit itu perlu untuk kita lebih matang dalam menempuh kehidupan ini... Akan tetapi, siapakah yg menjadi tempat pertama untuk kita mengadukan segala beban masalah yg kita hadapi, 4 sure kawan2 , n then baru family... namun sejauhmanakah beban yg ditanggung itu akan dipikul oleh kawan kita utk mengurangkan beban yg kita hadapi???  atau yang sebenarnya kita mencari tempat memuntahkan segala perasaan kepada mereka yang benar2 sudi mendengar dan memberi motivasi BUKANNYA ayat2 simpati??? fikirkanlah.... 

Kita masih lagi LUPA... kita JAUH... kita TIDAK NAMPAK... kita lupa pada ALLAH swt untuk menangis , mengadu , melutut dan bersujud apabila kita menghadapi masalah... Tidakkah bahawa ALLAH swt adalah sebaik-baik tempat  untuk kita mengadu??? Tidakkah begitu ???..........>> Kita akan merasa tenang dan senang apabila meluahkan segala perasaan , beban dan masalah di dalam doa sambil menangis kepada Allah swt... bahawasannya, DIA lah pendengar SETIA berbanding rakan2 kita itu.. DIA lah yg memberi jalan dan petunjuk apabila kita meminta... DIA lah yang memberi kekuatan untuk kita bangun setelah jatuh ... 

Maka, didiklah diri kita dengan selalu bertemu ALLAH swt, ALLAH rindukan kita.... manjakan diri dengan menangis pada Allah :) Nescaya kita akan menemui kebahagian dan ketenangan hakiki :)  

Wednesday, May 1, 2013

bicara hati ini

Malam ini aku terasa sesuatu kelainan ...
 jam tidak pernah jemu mengejar waktunya ...
 kini 1:40 am.
 mata masih belum ingin mencari bantal... padahal esok pagi aku kerja... 
ade satu perasaan aneh menerjah ke fikiranku lalu menghantui jiwaku...
 ia teramat mengganggu ketenteraman jiwa ku terus aku langsung tidak dapat melelapkan mata ini yg kebiasaanya akan tertutup pada jam 11.00 .... adakah kuat utk aku lalui semua ini? Apakah engkau tidak tertulis utk diriku ?

Ya Allah...
Aku Hamba Yang Tersangat Lemah... Kau hadirkanlah Dalam HatiKu Seribu Kekuatan Agar Aku Dapat Berdiri Teguh Dengan Iman... 


Ya Allah
Tabahkan lah hatiku ini
Tenangkanlah jiwaku ini
Jauhkanlah aku dari segala perit derita yang menikam jiwa
Aku tidak sanggup lagi 
Aku tidak mampu bertahan
Hanya Engkau yang berkuasa membolak balikkan hati hambanya
Kau berilah aku secebis kekuatan untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati ini



<<-------------- walaupun ianya adalah fitrah seorang perempuan... Namun ini tidak bermakna lelaki boleh mengambil kesempatan keatas kelemahan perempuan...

 hanya  ini
 >............... rintihan   hati   jam 2:20AM ...............<
........................ sekadar  secebis  coretan  dari  seorang  insan  khilaf......................
.................... nape xleh nak tidurrrrrr nih !!!!!! ......................
.......nak sambung menulis idea da zero.....  
papan kunci nih pon da sakit agaknya aku asyik buli dia hari ni :(

P/S ikhlas :
putus cinta dengan manusia... jom bercinta dengan Allah :) 
SENYUM lah walau ianya perit
TELAN lah walau ianya  pahit
happy go lucky lah walaupon ianya berpura puri

S E D I H      L A G I  :(
aku derita di saat kau sedang bahagia bersama si dia
Semoga Allah melindungi engkau senantiasa :)

SELAMAT MALAM (eh dah pagi la)




rindu yang tiada makna dan bertepuk sebelah tangan

Ya Allah Ya Tuhanku... Tabahkan lah hati ini dari segala perit yg dirasakan

Kesedihanku, kekecewaanku dan kelukaanku...Pedih dan sengsara, tak tertanggung rasanya...
Ingin aku pergi jauh dari sini...Pergi ke pinggir dunia yang tidak pernah aku jejaki...
Hanya kerana duka yang membebani ini...Terlintas difikiranku...Siapa aku di hatimu?
Di mana aku di hatimu?Tiada apa lagi yang tinggal...Tiada lagi harapan yang ku titipkan...
Aku tertipu...

wahai hati yg sedang gundah gulana...Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.


Allah yang mengatur kehidupan kita itu Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan Allah yang telah menentukan skrip dalam setiap episod hidup kita itu ialah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bahkan ketika kita berdoa mengadu dan membongkarkan segala kelemahan diri, Allah lebih mengetahui segala kelemahan kita samada yang zahir dan tersembunyi.

 Ketahuilah wahai diri , setiap keluhan jiwa kita, setiap luka-luka dihati kita dan setiap titisan air mata yang kita tumpahkan semuanya dalam ilmu dan perhitungan Allah bahkan Allah begitu kasihkan hamba-hambaNya lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah kunci kebahagiaan jiwa, kelapangan dada serta kejernihan hati dan fikiran. Disinilah letakkannya kebahagiaan hakiki, bukan pada sebuah cinta manusia yg hanya bersifat sementara.... 

Kini aku redha .... Aku pasrah... setelah sekian lama hati menderitai dengan pemergian sebuah cinta yg aku impikan berkekalan, kini terlerai tanpa sempat menjalinkan sebarang ikatan.. aku dan dia hanya di takdirkan untuk sementara... Apa yang aku kesali, hatinya terlalu cepat berubah... terlalu cepat berubah untuk hawa lain ...musnah lebur segala kepercayaan aku pada dia setelah sekian lama aku mengenali dirinya...sungguh, aku tertipu dengan perwatakannya.. dia yg kini bukan lagi seperti dia yang dulu..  segala janji yg di taburkan dulu kini hanya menjadi sesuatu yg tidak bermakna lagi buatku.. Aku redha ya Allah.. sekiranya Dia bukan untuk ku , kau pisahkanlah hati kami sejauh-jauhnya Ya Allah.. peliharalah hati kami dari saling mengingati dan mencintai antara satu sama lain...


yang tinggal kini hanyalah kenangan dan rindu :(

Monday, April 29, 2013

Aku Suka Tido


“Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun

perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain,
selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu….”

So mcm mana skg.. aku ni kuat jgk tidur.. bukan kuat jugak, tapi mmg kuat pon ! maknanya aku seorang yg kuat bersedih ? ermmm mungkin la... tapi aku nih happy go lucky jgk orgnya... Tapi kan nak taw x ???  ex bf aku pernah hadiahkan bantal star nih untuk habuan tidur dalam kelas time aku kat asrama dulu ( form 6 ).... hehehehe... katanya kalau tidur kepala atas meja macam tuh sakit... Tp xde la sakit pon sbb aku dah biase.. tp bila ade bantal nih lagi la sedap tidoooo... meskipon tidur di kelas bukanlah port yg sesuai n baik, tp disebabkan aku ade bantal comel nih so aku siap bawak kain batik mak aku lagi untuk di jadikan selimut pula di kala panas dek cahaya sang mentari yg bersinar... maklumlah kelas tingkat 4 kot... so agak panas... ( sebab jarak lagi dekat dengan matahari ) huhu ... then apa lagi.. mmg lagi sedap tidur la ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal... ( eh ape kaitannyer??? ) huhuhu...so ini la kain batik mak aku... kain batik nih mak aku bagi masa aku form1 dulu , time mula2 masuk sekolah asrama kat Taayah... ( sekarang dah cecah 20 tahun... eh cepat pulak rasanya ) macam form1 tuh baru semalam jer aku rasa.. HeHeHeHeHe... btw, kain batik nih sedap sangat di peluk.. ianya sejuk.. makanya, elok untuk di jadikan bahan penyejuuk badan di kala musim panas..  comfirm sejukkk !!!





tapi masa aku bawak kain batik nih pergi kelas especially time demam n x berapa nak sihat, So budak laki kelas aku yg di beri nama Mukmin a.k.a ubat gigi mukmin ( mmg gigi dia putih pon ) selalu kutuk aku cakap "apa la kau bawak kain basah ke kelas"

dia x abis2 cakap mcm tuh tiap kali aku bawak sampai la aku da selalu bawak,,, baru dia dah x bising.. agaknya sbb dah lali+bosan tgk aku usung kain batik tuh kot...Pedaaaaa.. xkan la nak bawak kain basah... tak pernah di buat orang...

lagi n lagi aku nak cakap kain batik nih memang bestttt.... even aku guna dari form1 tapi tetap warna dia x luntur n x pudar.. agaknya sebab ini kain batik untuk sekadar peluk bukan untuk pakai... AKU SAYANG GILA KAIN BATIKKK NIH... Xde kain batik lain yang lebih istimewa bagi aku selain kain batik pemberian insan tersayang ni, ibu ku :)


PRU13... inikalilah kita tukar kerajaan ... !!!



buat kaum adam dan hawa

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?

kamu bukan nak menikah sekarang?

kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..

ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...

apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,

tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,

tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..

itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....

bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....

jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...

ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !

kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...

memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....

fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka

walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...

sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..

jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....

korang ada akal kuat..korang tak bodoh....

korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...

tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,

korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?

kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..



taken by ustaz Nasir di 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200445913603725&set=a.1369404028481.52137.1033128226&type=1