Negara akan menjadi huruhara dan rakyat akan menderita akibat salahguna kuasa, rasuah, penyelewengan dan merampok wang rakyat. so pastikan PRU13 kali ini anda menjadi pengundi yg bijak ! Tentunya, ramai di kalangan kita berkira-kira di minda dan perancangan masing-masing untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi dengan sebaiknya.
Peluang dan kesempatan ini harus digunakan sebaiknya. Bermula satu undi, ia akan membawa kesan dan pengaruh yang besar kepada percaturan masa depan pemerintahan negara untuk tempoh lima tahun mendatang.
SO.... SAYA PILIH MENGUNDI...inikalilah (tp umur belum cukup, huhu. sape yg dah cukup tuh pergilah mengundi yer) JOM KITA MENGUNDI JOM KITA MENGUNDI !!!!
RAMAI YG MASIH BERKATA "AKU BENCI BERPOLITIK" ... "AKU MMG X MINAT LANGSUNG BAB2 POLITIK NIH" ... AKU TAKNAK AMIK TAW LA PASAL POLITIK NIH.."
sebenarnya ...
''Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli dengan kos sara hidup, harga bijirin, harga tepung, harga sewaan, kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan politik. Dia syok sendiri dengan sikapnya yang tidak ambil peduli soal politik dan dengan megah mengatakan dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, masalah jenayah yang berleluasa dan perkara yang paling teruk adalah ianya menyumbang kepada korupsi di dalam kerajaan dan eksploitasi daripada badan-badan korporat,"
No comments:
Post a Comment